PENGENALAN
Hidupan akuatik terdiri daripada kumpulan ikan,
tumbuhan akuatik, krustasia, molluska, amfibia dan reptilia.
OBJEKTIF:
1. Mengenalpasti
rupa bentuk beberapa hidupan akuatik
2. Mengetahui
kategori dan nama saintifik beberapa hidupan akuatik
BAHAN DAN
PERALATAN
Sampel hidupan akuatik
KAEDAH
1. Meneliti
gambar hidupan akuatik yang diberikan
2. Cari
nama tempatan atau nama saintifik dan ciri-ciri hidupan akuatik berdasarkan
gambar yang diberi
3. Catatkan
pemerhatian anda dan padankan gambar atau maklumat dalam jadual yang telah
disediakan
PERBINCANGAN
Dalam eksperimen kedua
ini, iaitu jenis hidupan akuatik, kami dapat mengetahui dan mengenalpasti rupa
bentuk beberapa hidupan akuatik serta mengetahui nama saintifik hidupan
tersebut.
Terdapat banyak ciri
ikan dan setiap spesis ikan mempunyai ciri yang berlainan. Antara ciri ikan
yang dapat kami pelajari ialah mempunyai badan berlendir. Hal ini dapat
memudahkan pergerakan terutamanya di kawasan berlumpur. Contoh ikan yang
mempunyai badan berlendir ialah ikan keli dan patin. Selain itu, ikan yang
mempunyai badan yang bersisik juga penting sebagai perlindungan daripada
tercedera.
Akhir sekali,
pengetahuan dan pengalaman lain yang kami perolehi semasa mengendalikan proram
buku hijau ini ialah dapat melihat bagaimana beberapa spesis ikan diternak
bermula dengan persenyawaan anak benih melalui beberapa teknik sehingga ikan
membesar dan boleh dijual.
KEPUTUSAN
BIL
|
GAMBAR
|
NAMA
TEMPATAN/SAINTIFIK
|
PEMERHATIAN
|
1
|
Keli
(Clarias
gariepinus)
|
·
Badan berlendir
·
Badan bersimetri bilateral
·
Hidup dalam air
|
|
2
|
Tilapia Merah
(Oreochromis
Sarotherodon)
|
·
Hidup dalam air
·
Badan bersimetri bilateral
·
Mempunyai sisik
·
Mempunyai sirip
|
|
3
|
Patin
(Pangasius
sutchi)
|
·
Badan berlendir
·
Badan bersimetri bilateral
·
Mempunyai tulang tajam di sirip
|
|
4
|
Lampam jawa
(Puntius
gonionotus)
|
·
Badan bersisik
·
Badan bersimetri bilateral
|
|
5
|
Jelawat
Leptobarbus
hoevenii
|
·
Badan bersisik
·
Badan bersimetri bilateral
|
|
6
|
Labi-labi
(Amyda
cartilagineus)
|
· Bercengkerang
· Bermulut
muncung
· Berkuku tajam
·
Badan bersimetri bilateral
|