Wednesday 21 September 2022

Isu semasa : Antara Ustaz Syihabudin Ahmad dan pengikut fb (Nuar Al Khattab)

 Kontroversi timbul apabila Ustaz Syihabudin Ahmad (USA) membuat satu posting di Facebook (20 September 2022) :


"Saya dapat makluman... ada seorang 'TOK ALIM' yang sudah 30 tahun tak pergi masjid. Dia solat Jumaat
di rumahkah? Herm... Tapi.. ramai orang datang jumpa dia, minta doa. Ahli politik pun ada. "

Herm. Guaner ni?


Posting terbabit tidak menamakan siapa 'TOK ALIM' tersebut tetapi di ruangan komen timbul pelbagai pendapat. Ada yang memerli, mengagak dan memarahi. Kebanyakan komen ke arah seorang tokoh di kedah iaitu Pak Su Mid. Lihat komen ;



Pelbagai reaksi netizen terhadap posting ini. Yang lebih menarik ada pengguna Facebook dengan nama Nuar Alkhattab telah 'whatapps' secara personal USA dengan kata-kata yang kurang baik kerana menganggap 'TOK ALIM' tersebut adalah tokoh sanjungan beliau. Beliau mengajak untuk bertemu face-to-face bagi menyelesaikan kemelut. USA mencadangkan perjumpaan dibuat di Balai Polis Saujana Utama. Boleh lihat video di : https://www.youtube.com/watch?v=YHvfvu_i7Hs


Walaubagaimanapun, selepas kejadian itu hari ini (21 september 2022), Nuar telah memohon maaf di Facebook wall USA :



Perjumpaan malam ini belum berlaku dan kita harap segala kekusutan akan terlerai. 

\\\\\\\\\\\\\\

Perjumpaan berlaku antara pihak USA dan Nuar Alkhattab


USA pun dah buat video reaction di channel youtube beliau. Lihat di : https://youtu.be/EaRuutlUXZU. USA maklumkan Nuar merupakan admin facebook PakSu Mid. 

Berdasarkan video USA boleh difahami bahawa pihak Nuar tidak berpuas hati dengan komen netizen di post facebook USA yang menganggap individu tersebut adalah Paksu Mid tetapi dibantah oleh USA kerana posting berkenaan bersifat umum dan tiada langsung ciri-ciri yang merujuk kepada PakSu Mid.

USA maklumkan juga tiada keperluan untuk beliau anti kepada paksu mid malah keluarga sebelah isteri beliau rapat dengan paksu mid. Tetapi jika ada pandangan paksu mid yang bermasalah beliau akan mengulas seperti kes sebelum ini melibatkan Posting Facebook : Ta Kai ( Paksu Mid tak bagi kerja) lihat video di sini: https://youtu.be/KkRYhSWWlg4

Selain itu ada beberapa isu lain yang di react USA berkenaan paksu mid dengan tajuk : Pak su mid tak bagi orang hafal alquran ? Lihat di sini: https://youtu.be/vYhOpJgIpiU

Pihak lain juga ada yang tidak berpuas hati dengan USA iaitu facebook Tok Singa dan mereka sepakat buat live untuk berbincang mengenai kalam paksu mid. Lihat di sini: https://youtu.be/EKYWHFHiCMM


Disunting 22 september 2022 4.46pm

Sunday 18 September 2022

DOA KEAMPUNAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN IBU BAPA


Allahumaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama robbauna sighoro

-Bacaan bahasa melayu untuk tujuan carian di internet-

Ulasan penulis

Lafaz

Lafaz asal adalah berbeza menggabungkan beberapa ayat alquran tetapi mempunya maksud lebih kurang sama. Baris ayat juga akan berbeza mengikut jumlah orang yang didoakan (Tatabahasa arab). 

Lafaz doa yang penulis sertakan untuk ramai orang dan ini lebih mudah. Sumber doa di:


Maksud ayat

Sumber doa datangnya dari Al-Quran iaitu di mana Nabi Ibrahim memohon ampun untuk dirinya dan ibu bapanya. 



Selain itu, doa di atas juga satu peringatan kepada ibu bapa untuk berlaku ehsan kepada anak kecil. Mereka akan dibalas setimpal dengan apa yang mereka beri dahulu.

Ada lagi satu hadis menerangkan pentingnya mengasihani  kerana kesannya akan berbalik kepada diri sendiri

Man la yarham la yur ham
- Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak dikasihi-

-Untuk carian bahasa melayu-


Sebab turun hadis tersebut berkenaan seorang lelaki melihat Rasulullah mencium cucunya dan dia berkata tidak pernah mencium 10 orang anaknya. Lalu muncul Hadis tersebut. Sumber penuh di : https://people.utm.my/ajmain/2015/12/26/koleksi-hadis-127-mengasihi-orang-lain/


Akhir sekali marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini dalam kehidupan harian. Penulis cenderung mengutamakan dahulu doa dari alquran dan hadis berbanding doa lain yang dikarang oleh sesiapa pun kerana ada keberkatan doa yang terus dari Nabi. Walaupun begitu, tidaklah dilarang doa selain dari alquran dan hadis sekiranya tidak melanggar asas agama iaitu ada lafaz syirik, lafaz yang mengangkat nabi secara melampau. Doa- doa lain perlu disaring semula agar kita terhindar dari amalan sia-sia. 

Sunday 8 December 2013

info : skim amalan ladang baik malaysia ( SALM )



SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA (SALM)
1. Objektif
Satu skim persijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Yang Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.  Skim ini adalah berpandukan Standard (SALM) Skim Amalan Ladang  Baik Malaysia dan berdasarkan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practices (GAP)
2. Pelaksanaan
Lawatan ke ladang akan dijalankan oleh pegawai pemeriksa yang dilantik dan dinilai berpandukan Standard SALM serta garis panduan yang telah ditetapkan.  Tiga aspek penilaian akan diberi tumpuan untuk tujuan persijilan iaitu:-
  • Kesesuaian ladang dan persekitaran
  • Amalan pertanian yang dilaksanakan
  • Kualiti produk yang dihasilkan
Data dan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penilaian diperolehi daripada penyiasatan tapak, rekod ladang, pengurusan di ladang dan juga pengambilan sampel hasil bagi tujuan analisis di makmal.
Produk-produk yang dikeluarkan dari ladang adalah berkualiti, selamat untuk dimakan dan mempunyai bentuk, rupa dan rasa yang baik serta tidak mengandungi sisabaki racun perosak dan kandungan logam yang melebihi paras dibenarkan.

3. Prosedur dan Kriteria permohonan
Ladang-ladang yang telah mematuhi kriteria - kriteria berikut layak diberi pertimbangan untuk persijilan SALM:
  1. Kebolehkesan/Traceability – Mempunyai sistem pengesanan produk.
  2. Penyimpanan Rekod dan Audit Dalaman – Mempunyai rekod ladang yang lengkap, terkini dan melaksanakan Audit Dalaman.
  3. Bahan Tanaman – Bahan tanaman dari varieti yang disyorkan, bebas penyakit dan tidak menggunakan bahan tanaman jenis GMO.
  4. Rekod Sejarah dan Pengurusan Tapak – Mempunyai rekod sejarah dan pengurusan tapak.
  5. Pengurusan Tanah dan Substrat – Mempraktikkan teknik tanaman di ladang yang mengurangkan hakisan tanah serta menggunakan substrat organik bagi penanaman yang tidak menggunakan tanah.
  6. Pengurusan Baja – Penggunaan baja berasaskan keperluan tanaman.  Baja dari unsur najis manusia dan khinzir tidak dibenarkan.  Mempunyai tempat penyimpanan baja yang sesuai.
  7. Pengairan dan Fertigasi – Tidak menggunakan air buangan (sewage) yang tidak dirawat bagi tujuan pengairan dan pengairan dari sumber air yang mapan (sustainable).
  8. Perlindungan Tanaman – Menggunakan racun makhluk perosak yang didaftar di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 untuk mengawal perosak dan mengamalkan pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB).
  9. Penuaian – Sistem penuaian yang bersesuaian dan menjaga kebersihan hasil.
  10. Rawatan Pascatuai – Rawatan yang sesuai digunakan jika perlu.
  11. Analisis Hasil – Analisis sisa baki racun makhluk perosak bagi hasil dijalankan.
  12. Pengurusan Sisa Ladang – Melibatkan diri dalam program kitar semula atau diguna semula dengan membuat kompos.
  13. Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan Pekerja – Menjaga kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja.
  14. Isu-Isu Alam Sekitar – Mematuhi perundangan mengenai alam sekitar.
  15. Rekod Aduan – Merekod aduan mengenai produk yang tidak menepati keperluan standard.
  16. Keperluan Perundangan – Aktiviti di ladang mematuhi semua perundangan yang dikuatkuasa di Malaysia.
4. Peringkat Persijilan
Merujuk kepada Standard (SALM) Skim Amalan Ladang Baik Malaysia
Di dalam panduan Standard SALM, terdapat 29 elemen/syarat yang dikategorikan sebagai syarat Wajib Utama (major must).  76 Wajib Bukan Utama (minor must) dan 57 syarat di bawah kategori Digalakkan (encouraged).
  • Syarat Wajib Utama ialah syarat yang mesti dipatuhi, jika tidak, akan menyebabkan impak yang serius kepada alam sekitar, keselamatan makanan dan kebajikan pekerja.
  • Syarat Wajib Bukan Utama ialah syarat yang mesti dipatuhi, tapi impaknya tidak begitu serius.
  • Syarat Digalakkan ialah syarat yang tidak diwajibkan tetapi adalah disyorkan dalam standard.
Dua (2) peringkat Persijilan:
  • Peringkat 1:  Ladang-ladang yng  telah mematuhi kesemua syarat wajib utama, <95% syarat wajib bukan utama dan <50% syarat yang digalakkan.
Pada peringkat ini ladang akan diberi surat akuan.
  • Peringkat 2:  Ladang mematuhi kesemua syarat wajib utama,  ≤95% syarat wajib bukan utama, dan ≤50% syarat yang digalakkan.
Ladang yang telah mencapai peringkat ini akan dianugerahkan Sijil. Ladang yang telah lulus persijilan SALM boleh menggunakan logo SALM.  Persijilan adalah sah untuk tempoh dua tahun dan pembaharuan persijilan akan dikeluarkan hanya jika ladang dapat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.  Persijilan juga boleh ditarik balik dalam tempoh sahlaku jika dalam tempoh itu ladang didapati gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan.




Thursday 7 November 2013

info : Contoh hidupan akuatik



PENGENALAN
Hidupan akuatik terdiri daripada kumpulan ikan, tumbuhan akuatik, krustasia, molluska, amfibia dan reptilia.

OBJEKTIF:
1.      Mengenalpasti rupa bentuk beberapa hidupan akuatik
2.      Mengetahui kategori dan nama saintifik beberapa hidupan akuatik

BAHAN  DAN PERALATAN
Sampel hidupan akuatik

KAEDAH
1.      Meneliti gambar hidupan akuatik yang diberikan
2.      Cari nama tempatan atau nama saintifik dan ciri-ciri hidupan akuatik berdasarkan gambar yang diberi
3.      Catatkan pemerhatian anda dan padankan gambar atau maklumat dalam jadual yang telah disediakan



PERBINCANGAN
Dalam eksperimen kedua ini, iaitu jenis hidupan akuatik, kami dapat mengetahui dan mengenalpasti rupa bentuk beberapa hidupan akuatik serta mengetahui nama saintifik hidupan tersebut.
Terdapat banyak ciri ikan dan setiap spesis ikan mempunyai ciri yang berlainan. Antara ciri ikan yang dapat kami pelajari ialah mempunyai badan berlendir. Hal ini dapat memudahkan pergerakan terutamanya di kawasan berlumpur. Contoh ikan yang mempunyai badan berlendir ialah ikan keli dan patin. Selain itu, ikan yang mempunyai badan yang bersisik juga penting sebagai perlindungan daripada tercedera.
Akhir sekali, pengetahuan dan pengalaman lain yang kami perolehi semasa mengendalikan proram buku hijau ini ialah dapat melihat bagaimana beberapa spesis ikan diternak bermula dengan persenyawaan anak benih melalui beberapa teknik sehingga ikan membesar dan boleh dijual.


KEPUTUSAN
BIL
GAMBAR
NAMA TEMPATAN/SAINTIFIK

PEMERHATIAN
1

Keli
(Clarias gariepinus)
·         Badan berlendir
·         Badan bersimetri bilateral
·         Hidup dalam air
2
 


Tilapia Merah
(Oreochromis Sarotherodon)
·         Hidup dalam air
·         Badan bersimetri bilateral
·         Mempunyai sisik
·         Mempunyai sirip
3
 

Patin
(Pangasius sutchi)
·         Badan berlendir
·         Badan bersimetri bilateral
·         Mempunyai tulang tajam di sirip
4


Lampam jawa
(Puntius gonionotus)
·         Badan bersisik
·         Badan bersimetri bilateral

5
 


Jelawat
Leptobarbus hoevenii
·         Badan bersisik
·         Badan bersimetri bilateral

6





Labi-labi
(Amyda cartilagineus)



·       Bercengkerang
·       Bermulut muncung
·       Berkuku tajam
·         Badan bersimetri bilateral