SKIM
AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA (SALM)
1.
Objektif
Satu
skim persijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi
pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Yang
Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan
keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan
sesuai dimakan. Skim ini adalah berpandukan Standard (SALM) Skim
Amalan Ladang Baik Malaysia dan berdasarkan Malaysian Standard MS
1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practices (GAP)
2.
Pelaksanaan
Lawatan
ke ladang akan dijalankan oleh pegawai pemeriksa yang dilantik dan dinilai
berpandukan Standard SALM serta garis panduan yang telah ditetapkan.
Tiga aspek penilaian akan diberi tumpuan untuk tujuan persijilan iaitu:-
- Kesesuaian
ladang dan persekitaran
- Amalan pertanian
yang dilaksanakan
- Kualiti produk
yang dihasilkan
Data
dan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penilaian diperolehi daripada
penyiasatan tapak, rekod ladang, pengurusan di ladang dan juga pengambilan
sampel hasil bagi tujuan analisis di makmal.
Produk-produk
yang dikeluarkan dari ladang adalah berkualiti, selamat untuk dimakan dan
mempunyai bentuk, rupa dan rasa yang baik serta tidak mengandungi sisabaki
racun perosak dan kandungan logam yang melebihi paras dibenarkan.
3.
Prosedur dan Kriteria permohonan
Ladang-ladang
yang telah mematuhi kriteria - kriteria berikut layak diberi pertimbangan
untuk persijilan SALM:
- Kebolehkesan/Traceability
– Mempunyai sistem pengesanan produk.
- Penyimpanan
Rekod dan Audit Dalaman – Mempunyai
rekod ladang yang lengkap, terkini dan melaksanakan Audit Dalaman.
- Bahan Tanaman –
Bahan tanaman dari varieti yang disyorkan, bebas penyakit dan tidak
menggunakan bahan tanaman jenis GMO.
- Rekod Sejarah
dan Pengurusan Tapak – Mempunyai
rekod sejarah dan pengurusan tapak.
- Pengurusan
Tanah dan Substrat –
Mempraktikkan teknik tanaman di ladang yang mengurangkan hakisan tanah
serta menggunakan substrat organik bagi penanaman yang tidak
menggunakan tanah.
- Pengurusan
Baja – Penggunaan baja berasaskan
keperluan tanaman. Baja dari unsur najis manusia dan khinzir
tidak dibenarkan. Mempunyai tempat penyimpanan baja yang sesuai.
- Pengairan dan
Fertigasi – Tidak menggunakan air buangan
(sewage) yang tidak dirawat bagi tujuan pengairan dan pengairan dari
sumber air yang mapan (sustainable).
- Perlindungan
Tanaman – Menggunakan racun makhluk
perosak yang didaftar di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 untuk
mengawal perosak dan mengamalkan pendekatan Pengurusan Perosak
Bersepadu (PPB).
- Penuaian –
Sistem penuaian yang bersesuaian dan menjaga kebersihan hasil.
- Rawatan
Pascatuai – Rawatan yang sesuai digunakan
jika perlu.
- Analisis Hasil
– Analisis sisa baki racun makhluk perosak
bagi hasil dijalankan.
- Pengurusan
Sisa Ladang – Melibatkan diri dalam program
kitar semula atau diguna semula dengan membuat kompos.
- Keselamatan,
Kesihatan dan Kebajikan Pekerja –
Menjaga kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja.
- Isu-Isu
Alam Sekitar – Mematuhi perundangan mengenai alam sekitar.
- Rekod Aduan –
Merekod aduan mengenai produk yang tidak menepati keperluan standard.
- Keperluan
Perundangan – Aktiviti di ladang mematuhi
semua perundangan yang dikuatkuasa di Malaysia.
4.
Peringkat Persijilan
Merujuk
kepada Standard (SALM) Skim Amalan Ladang Baik Malaysia
Di
dalam panduan Standard SALM, terdapat 29 elemen/syarat yang dikategorikan
sebagai syarat Wajib Utama (major must). 76 Wajib Bukan Utama (minor
must) dan 57 syarat di bawah kategori Digalakkan (encouraged).
- Syarat Wajib
Utama ialah syarat yang mesti
dipatuhi, jika tidak, akan menyebabkan impak yang serius kepada alam
sekitar, keselamatan makanan dan kebajikan pekerja.
- Syarat Wajib
Bukan Utama ialah syarat yang mesti
dipatuhi, tapi impaknya tidak begitu serius.
- Syarat
Digalakkan ialah syarat yang tidak
diwajibkan tetapi adalah disyorkan dalam standard.
Dua
(2) peringkat Persijilan:
- Peringkat 1:
Ladang-ladang yng telah mematuhi kesemua syarat wajib utama,
<95% syarat wajib bukan utama dan <50% syarat yang digalakkan.
Pada
peringkat ini ladang akan diberi surat akuan.
- Peringkat 2:
Ladang mematuhi kesemua syarat wajib utama, ≤95% syarat wajib
bukan utama, dan ≤50% syarat yang digalakkan.
Ladang
yang telah mencapai peringkat ini akan dianugerahkan Sijil. Ladang yang telah lulus persijilan SALM
boleh menggunakan logo SALM. Persijilan adalah sah untuk tempoh dua
tahun dan pembaharuan persijilan akan dikeluarkan hanya jika ladang dapat
mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Persijilan juga boleh ditarik
balik dalam tempoh sahlaku jika dalam tempoh itu ladang didapati gagal mematuhi
syarat-syarat ditetapkan.
|
No comments:
Post a Comment